Wednesday 17 December 2014


3 Jenis produk yang berbeza, Produk Oat & Wheat masih lagi hangat dipasaran dan masih lagi digemari ramai, Kemudian muncul 1 lagi produk terbaru iaitu Vitabean dimana produk ini digabungkan bersama kacang merah dan kacang hijau serta disalutkan bersama coklat putih. Ketiga-tiga produk ini bukan sahaja mudah dibawa kemana sahaja, tetapi ianya adalah satu makanan yang sangat berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tinggi.







Wednesday 3 December 2014

Produk terbaru kami VitaBean ! yang dicampur bersama kacang Hijau dan kacang Merah.Sesungguhnya, rasa yang enak dapat memberikan tenaga anda setiap hari, dimana sahaja..

Antara Kebaikan kacang hijau yang dapat dilihat ialah,,

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.
Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.
Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.
Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.


Kebaikan kacang merah :
Kacang merah adalah sumber terbaik serat yang merendahkan kolesterol. Kandungan serat yang tinggi menghalang tahap gula dalam darah daripada meningkat terlalu mendadak sejurus selepas makan. Ini membuatkan kacang merah dikatakan pilihan terbaik untuk individu menghidap diabetes dan hipoglisemia. Apabila dicampurkan dengan bijirin penuh seperti nasi, kacang merah dikatakan menyediakan protein bebas lemak yang tinggi dan berkualiti. 

Memakan makanan fiber tinggi seperti kacang merah juga dikatakan mampu mencegah penyakit jantung. Bukan setakat serat, tetapi sejumlah folat dan magnesium yang terdapat dalam kacang merah juga membantu pencegahan ini. Folat dikatakan membantu merendahkan tahap homosistein. Secawan kacang merah yang telah dimasak dikatakan menyediakan lebih daripada setengah pengambilan folat dalam sehari. 


Thursday 13 November 2014

Selamat Petang warga Mallow....

Disini admin ingin kongsikan sedikit  tentang amalan gaya hidup sihat.
Mesti diantara anda susah untuk mengamalkn gaya hidup sehat dengan  cara mengamalkan  pemakanan yang betul seperti piramid makanan ?

sudah semestinya pada zaman  ini, pelbagai jenis makanan yang dijual  sehinggakan diet yang perlu diamalkan lesap begitu sahaja.Betul kan ?


Amalan gaya hidup sihat bukan hanya memakan makanan mengikut pyramid makanan sahaja,,tetapi.....ianya perlu ditambahkan dengan senaman diwaktu pagi. 
Tidak perlu mengikat perut setiap hari hanya untuk menguruskan berat badan,, makan makanan yang berkhasiat serta senaman yang cukup mampu mengurangkan berat badan anda. Tak percaya apa yang admin cakap ? Terpulang....

Thursday 6 November 2014

Musim Hujan sudah bermula membasahi bumi pada setiap petang, tapi perlu diingat..bahawa setiap titisan hujan adalah pembawa rahmat dari tuhan . Dan segala rezeki yang datang adalah dari tuhan, sebab itu kita perlu bersyukur dalam apa jua keadaan . =)


Wednesday 5 November 2014


Selamat pagi warga Mallow...harini Mallow nak kongsi serba sedikit berkenaan sejarah gandum .Kalau anda nak tahu...gandum ni paling laris di setiap negara tau ! Jom kita baca sejarahnya.

Tidak ada yang pernah tahu asal-usul tanaman gandum. Yang hanya diketahui adalah gandum ditanam di tempat mana manusia diperkirakan pertama kali 
muncul, iaitu di daerah Asia Tenggara. Bahkan manusia diperkirakan sudah menggunakan gandum sebagai bahan makanan sekurang-kurangnya sepuluh sampai lima belas ribu tahun sebelum masehi. Pada tahun 1948, seorang arkeologi dari Universiti Chicago menemukan sebuah desa kuno di Irak, dibangun 6,700 tahun yang lalu. Di desa tersebut, mereka menemukan dua jenis gandum sama dengan tanaman gandum yang tumbuh sekarang.Manusia pertama kemungkinan besar selalu berpindah-pindah tempat, membawa keluarganya menjelajahi hutan dan padang rumput, mencari makanan yang diperlukan untuk tetap hidup. Sampai pada suatu hari mereka menjumpai jenis rumput iaitu gandum, yang membolehkan mereka makan. Pada hari itu juga, mereka membuat tanda tempat di mana jenis rumput tersebut ditanam, untuk kembali setiap tahunnya pada tempat yang sama.

Satu fakta menarik dalam sejarah gandum, gandum masih lagi dimakan dengan cara tersendiri di berbagai belahan dunia hingga saat ini. Berbagai alat dapur yang digunakan awal mula kebudayaan gandum mulai berkembang masih dapat dijumpai, notabene perangkat-perangkat kasar yang kerap digunakan beberapa ribu tahun yang lalu masih digunakan sehari-hari. Dengan berkembangnya kemampuan menulis manusia, cerita tentang gandum mulai tercatat dalam sejarah.

Beberapa abad sebelum zaman masihi menceritakan kegiatan penggilingan gandum dan pembuatan roti di Assyria. Pada abad ke lima, Herodotus, seorang ahli sejarah dari zaman Yunani kuno, sudah menulis tentang pembuatan roti di Mesir. Beberapa dinding bangunan makam sepanjang sungai nil, menampilkan lukisan kegiatan tanam dan panen gandum, penggilingan tepung dan pembuatan roti. Juga ditemukan simpanan gandum dan roti terbuat dari bahan makanan keras di berbagai bangunan makam. Penduduk Mesir bahkan terbiasa mengayak makanan mereka untuk membuat tepung dan roti, suatu kegiatan yang hanya diperuntukkan untuk kelas pemimpin. Sampai-sampai, pendapat umum bersetuju bahawa Mesir adalah tempat pertama kali ditemukan roti yang dapat mengembang.

Referensi tentang gandum dapat ditemukan di bahagian dunia lainnya. Tulisan kuno Cina menjelaskan tentang pertumbuhan gandum 2.700 tahun sebelum zaman masihi. Hingga saat ini pun, gandum tetap dianggap sakral di berbagai tempat di Cina.

300 tahun sebelum zaman masihi, Theophrastos, seorang Yunani, sering menulis tentang perbezaan jenis gandum yang tumbuh di sepanjang laut Mediterania. Sejumlah catatan, barang seni dan hasil penggalian kota-kota purbakala menunjukkan perkembangan yang progresif dari seni penggilingan dan pembuatan kue di Yunani dan Roma hingga zaman pertengahan.

Spekulasi tentang penemuan jenis roti yang mengembang masih diperdebatkan sesama ilmuwan. Diperkirakan bahawa setelah manusia belajar menggiling gandum, ia belajar membuat berbagai jenis bubur, dari yang lembik sampai yang kental, dengan hanya menambahkan air. Bila keadaan cuaca elok, bubur yang dijemur di luar akan terfermentasi secara alamiah. Kiranya ramuan inilah yang membekalkan manusia dengan pengetahuan untuk membuat bir atau adunan yang boleh mengembang. Dengan menambahkan air sedikit, ragi yang terbentuk dalam proses tersebut menyebabkan adunan terangkat. Contohnya adalah roti tipe sourdough yang banyak dimakan penjelajah bangsa Amerika. Kegiatan pembuatan roti dan ramuan bir meningkat seiring dengan meningkatnya kemampuan dan keahlian manusia. Dari sekian banyak jenis biji sereal, hanya sifat biji gandum yang dapat menyediakan struktur selular yang diperlukan untuk produk-produk roti yang mengembang. 

























Sunday 2 November 2014


Kenapa Sarapan Pagi sangat penting ?

Cuba anda ingat kembali bila waktu terakhir anda makan malam ? BiasaNya diantara jam 7-8 malam
bayangkan berapa lama waktu mulai dari makan malam terakhir sampai anda bangun diwaktu pagi .Itu sebabnya kenapa anda perlu sarapan pagi yang lengkap dengan zat-zat yang penting kerana dengan penelitian ,pada saat bangun tidur kadar gula dalam darah kita akan menuun dan rendah .Padahal gula darah dalam tubuh kita bertugas sebagai sumber tenaga untuk tubuh .

Bila kadar gula darah rendah dalam darah akan mendatangkan pelbagai masalah seperti mengantuk , cepat penat, konsentrasi menurun, daya kerja anda juga akan menurun .Berat ringannya gejala ini bergantung kepada berapa rendah kadar gula darah dalam tubuh kita .Terutama anak-anak yang masih memerlukan sumber tenaga untuk membesar.

PENYELESAIANNYA !!


Hanya memakan sedikit Oat dapat mengalas perut di waktu pagi .Boleh bawa kemana sahaja dan pada bila bila masa sahaja. Ianya sangat berkhasiat kerana mengandungi buah strawberry yang enak.
Mulakan breakfirst anda bersama Oat & Wheat dengan segera !








Thursday 30 October 2014


Selamat pagi warga Mallower..

Produk terbaru Oat & Wheat with strawberry !!




Apa yang menarik dengan produk ini, ianya dicampur bersama Dehydrated Strawberry   dimana strawberry ini telah dijerukkan dahulu sebelum dicampur bersama Oat . Selalu kalau kita lihat ,strawberry yang dijual kebanyakkan mereka menggunakan perisa strawberry yang cair .
Mesti tak berpuas hati kan ? Cv mallow yakin dan pasti.. mesti memikat hati bila anda mencuba produk ini. jommmm ramai - ramai kita cuba Oat & Wheat strawberry ini. Harga promosi untuk pelanggan Cv mallow . Order segera di facebook kami di mallowcity.