Wednesday 3 December 2014

Produk terbaru kami VitaBean ! yang dicampur bersama kacang Hijau dan kacang Merah.Sesungguhnya, rasa yang enak dapat memberikan tenaga anda setiap hari, dimana sahaja..

Antara Kebaikan kacang hijau yang dapat dilihat ialah,,

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.
Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.
Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.
Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.


Kebaikan kacang merah :
Kacang merah adalah sumber terbaik serat yang merendahkan kolesterol. Kandungan serat yang tinggi menghalang tahap gula dalam darah daripada meningkat terlalu mendadak sejurus selepas makan. Ini membuatkan kacang merah dikatakan pilihan terbaik untuk individu menghidap diabetes dan hipoglisemia. Apabila dicampurkan dengan bijirin penuh seperti nasi, kacang merah dikatakan menyediakan protein bebas lemak yang tinggi dan berkualiti. 

Memakan makanan fiber tinggi seperti kacang merah juga dikatakan mampu mencegah penyakit jantung. Bukan setakat serat, tetapi sejumlah folat dan magnesium yang terdapat dalam kacang merah juga membantu pencegahan ini. Folat dikatakan membantu merendahkan tahap homosistein. Secawan kacang merah yang telah dimasak dikatakan menyediakan lebih daripada setengah pengambilan folat dalam sehari. 


No comments:

Post a Comment